Ahad, 5 Februari 2012

SOLAT HAJAT






Manusia sentiasa berhajatkan kepada sesuatu. Malah keinginan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik adalah naluri unik manusia yang tidak dikurniakan kepada para malaikat. Dengan naluri ini, manusia sentiasa cenderung berhajat dan mengharapkan sesuatu yang lebih memuaskan hatinya sebagaimana fitrah.Oleh itu jika timbul masalah dalam sesuatu perkara maka mintalah pertolongan dari Allah dengan mendirikan Solat Sunat  Hajat. Solat sunat Hajat banyak jenis bentuknya dari segi bacaan dan tertib cara mengerjakannya. Rukun tetap sama. Solat sunat Hajat boleh dilakukan pada bila-bila masa(siang, malam, pagi, petang) dan di mana sahaja.

Cara Solat Hajat:

Kaedah Pertama

Selepas membaca Al-Fatihah dalam rakaat pertama, bacalah ayat al-Kursi ( 7 kali ).

Selepas membaca Al-Fatihah dalam rakaat kedua, bacalah Surah Al-Ikhlas ( 11 kali ).

Dalam sujud yang terakhir sekali, bacalah doa berikut sebanyak 40 kali:


Setelah selesai bacaan doa dia atas, dalam keadaan masih bersujud, niatkan di dalam hati hajat yang dipohonkan kepada Allah SWT. Kemudian bangkit dari sujud, membaca Tahiyat dan memberi salam.


Kaedah Kedua

Selepas membaca Al-Fatihah dalam rakaat pertama, bacalah ayat al-Kursi.

Selepas membaca Al-Fatihah dalam rakaat kedua, bacalah Surah Al-Ikhlas.

Selepas Tahiyat Akhir dan salam, sujud lagi dan ketika sujud baca 41:


Setelah selesai membaca doa diatas, dalam keadaan masih bersujud, niatkan di dalam hati hajat yang ingin dipohon kepada Alllah SWT.


Setelah selesai kaedah pertama ataupun kaedah kedua bacalah doa Hajat tersebut:




Semoga Allah SWT memudahkan urusan kita dan mengabulkan doa kita insyaAllah amin.....

Sabtu, 4 Februari 2012

MAULIDUR RASUL 1433 Hijrah





Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Lahir pada hari Isnin subuh  12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571M dikenali sebagai tahun Gajah. Dilahirkan di Makkah Al-Mukaramah.

Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sempena sambutan Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1433H.Semoga kita memperoleh ganjaran pahala insyaAllah aminn.




"Siapa yang berselawat sekali kepada Rasulullah SAW, maka Allah akan selawat kepadanya
10 kali." ( Riwayat Muslim)