Isnin, 23 Januari 2012

Kelebihan Bismillah Enam






    Berikut ialah kelebihan Bismillah Enam:-


  1. Menjadi penawar racun.
  2. Mengubat racun.
  3. Makbul cita-cita dan segala hajat.
  4. Terpelihara daripada segala marabahaya seteru dan musuh.
  5. Dibaca bila hendakkan menang berperang.
  6. Jadi jampi untuk menghalang jin dan syaitan.
  7. Jadi jampi memelihara tanam-tanaman daripada binatang-binatang.
  8. Orang yang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinganya 3 kali - insyaAllah lari iblisnya.
  9. Menjadi selusuh kepada perempuan beranak.
  10. Luas rezekinya.

Berdoalah dengan yakin insyaAllah kita akan mendapat kelebihannya.

Selamat Beramal.

Sabtu, 21 Januari 2012

Doa agar mudah bangun solat malam

Sebelum tidur kita perlu membaca surah al-Qadr. Baca surah ini sehingga habis dan ayat yang terakhir   (sala mun hiya hatta.....) diulang sebanyak 7 kali. Semasa membaca ayat yang terakhir itu kita perlu niat pukul berapa kita hendak bangun. InsyaAllah kita akan dapat bangun malam untuk menunaikan solat sunat tahajjud.




Amalan ini untuk diriku dan rakan-rakan sekalian.

Selamat Beramal =)