Jumaat, 30 Disember 2011

DAMBA KASIH

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula,
Kau menghampiri daku,
Oh Tuhan yang Maha Pengasih,
Siapalah diriku ini dipandangan-Mu,

Semakin cuba ku dekati,
Semakin kuat pula kau mendugai aku,
Oh Tuhan yang Maha Sempurna,
Kerdilnya diriku dihadapanMu.

Bagaimanakah nantinya,
Tika berhadapan denganMu,
Sudikah Kau menerima,
Hamba-Mu yang hina ini,
Ya Allah kau Maha Pengampun,

Dibayangan mentari aku kealpaan,
Dusta dunia penuh kepura-puraan,
Dikala dini hari aku kepasrahan,
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu
Oh Tuhan
Andainya dihitung amalanku,
Belum pasti  dapat ku  hampiri gerbang syurga-Mu,
Oh Tuhan yang Maha Pemurah,
Hindari diriku dari siksa-Mu...Oh Tuhan,
 
Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan,
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

Ahad, 4 Disember 2011

Memohon Kemanisan Beribadah

Untuk mendapatkan khusyuk dalam solat

  1. Sentiasa melaksanakan solat berjemaah(yang afdalnya di masjid).
  2. Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.
  3. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
  4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil.
  5. Memahami segala bacaan dalam solat.
  6. Membaca surah al-Nas, selawat dan istighfar sebelum mengangkat takbir.
  7. Mengingati mati dan membayangkan bahawa itulah solat yang terakhir.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
" Solat itu tiang agama (sesiapa mendirikannya bererti dia mendirikan agama, dan sesiapa yang meninggalkannya bererti dia meruntuhkannya)"
(Riwayat al-Dailami)



~GenQ~